Triceps Tendinopathy (Kecederaan Tendon Triceps)

Definisi

  • Kecederaan akibat beban berlebihan pada tendon triceps di belakang siku

Anatomi berkaitan

  • Triceps ialah otot di belakang lengan atas yang meluruskan siku
  • Tendonnya melekat pada hujung tulang siku (olecranon)

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Meluruskan siku secara berulang melawan beban berat
  • Tendon menerima beban lebih daripada yang mampu ditanggung

Faktor risiko

  • Latihan bebanan: dips, bench press, triceps extension, push-up
  • Sukan membaling
  • Gimnastik dan tinju
  • Latihan bertambah secara mendadak
  • Penggunaan steroid anabolik

Simptom

  • Sakit di belakang siku
  • Lebih teruk dengan pergerakan menolak

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Ultrasound
  • X-ray untuk taji tulang
  • MRI jika disyaki ada koyakan

Rawatan

  • Kurangkan senaman menolak
  • Latihan kekuatan berperingkat
  • Betulkan teknik dan beban latihan
  • Shockwave therapy
  • Rawatan regeneratif seperti PRP, prolotherapy atau hyaluronic acid untuk tisu lembut
  • Elakkan suntikan steroid ke dalam tendon
  • Koyakan penuh perlu dibaiki melalui pembedahan secepat mungkin

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.