Tennis Elbow (Sakit Siku Bahagian Luar)

Pemain badminton memegang siku yang sakit (siku tenis)

Definisi

  • Kecederaan akibat beban berlebihan pada tendon di bahagian luar siku
  • Istilah perubatan: Lateral Epicondylitis

Anatomi berkaitan

  • Otot yang mengangkat pergelangan tangan dan membantu menggenggam melekat pada satu tulang di siku bahagian luar (lateral epicondyle)

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Menggenggam, mengangkat pergelangan tangan dan memulas lengan bawah secara berulang
  • Tendon menerima beban berlebihan dan gagal sembuh dengan sempurna

Faktor risiko

  • Umur lebih 40 tahun
  • Sukan raket: tenis, badminton, pickleball, skuasy
  • Kerja tangan: tukang paip, tukang kayu, mekanik
  • Saiz pemegang raket yang tidak sesuai

Simptom

  • Sakit di siku bahagian luar, mungkin menjalar ke lengan bawah
  • Sakit apabila menggenggam atau memulas tombol pintu
  • Genggaman lemah

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Ultrasound: penebalan atau koyakan tendon

Rawatan

  • Elakkan aktiviti yang memburukkan sakit
  • Tali lengan (counterforce brace)
  • Ubat tahan sakit (jangka pendek jika perlu)
  • Fisioterapi: menguatkan pergelangan tangan secara berperingkat
  • Shockwave therapy
  • Rawatan regeneratif seperti PRP, prolotherapy atau hyaluronic acid untuk tisu lembut
  • Suntikan steroid hanya memberi kelegaan sementara
  • Pembedahan jarang diperlukan

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.