Tendinopathy (Kecederaan Tendon)
Tendon ialah urat kuat yang menyambungkan otot kepada tulang.
Tendinopathy ialah sakit tendon akibat beban berlebihan.
Punca utamanya ialah tendon menerima beban lebih daripada yang mampu ditanggungnya.
Ia lebih kepada masalah penyembuhan yang gagal, bukan radang sebenar. Sebab itulah istilah "tendinopathy" kini lebih digunakan berbanding "tendinitis".
Tiga peringkat
- Peringkat pertama (reaktif): aktiviti yang meningkat secara tiba-tiba menyebabkan tendon bengkak. Peringkat awal dan boleh pulih sepenuhnya.
- Peringkat kedua (kerosakan / disrepair): beban berlebihan yang berulang; penyembuhan gagal dan gentian tendon menjadi tidak tersusun.
- Peringkat ketiga (degeneratif): sudah lama; tendon menjadi lemah dan berisiko untuk koyak.

Contoh Tendinopathy dan siapa yang terkena
- Achilles tendinopathy: sukan melibatkan larian dan lompatan
- Patellar tendinopathy (jumper's knee): bola keranjang, bola tampar
- Tennis elbow: sukan raket, kerja bertukang
- Golfer's elbow: golf, sukan membaling
- Rotator cuff tendinopathy: sukan renang, pekerja yang kerap mengangkat tangan ke atas kepala
- De Quervain's tenosynovitis: ibu yang baru bersalin, pengguna telefon yang tegar
Simptom dan tanda
- Sakit pada tendon, bertambah teruk dengan aktiviti
- Sakit berkurang selepas memanaskan badan, kemudian kembali selepas bersenam atau pada pagi esoknya
- Kaku/keras (stiff) pada waktu pagi
- Tendon menebal dan sakit apabila ditekan
- Sakit apabila otot bekerja melawan rintangan
Pelan rawatan
- Kurangkan beban, tetapi jangan berehat sepenuhnya. Rehat sepenuhnya melambatkan pemulihan tendon.
- Latihan beban secara berperingkat: latihan isometrik dahulu, kemudian latihan kekuatan berat secara perlahan, kemudian latihan lompat dan latihan khusus mengikut sukan (sport-specific).
- Betulkan kesilapan latihan, kasut dan teknik.
- Ubat tahan sakit jangka pendek apabila perlu.
- Elakkan suntikan steroid berulang kerana ia melemahkan tendon.
- Shockwave therapy atau laser therapy atau suntikan regeneratif seperti PRP (platelet rich plasma).
- Jangkakan 3 hingga 6 bulan pemulihan yang konsisten.
Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.