Stress Fracture (Retak Tulang Akibat Tekanan Berulang)

Definisi

  • Retakan kecil pada tulang akibat tekanan berulang, bukan akibat satu kecederaan

Anatomi berkaitan

  • Lokasi biasa: tulang keting, tulang kaki (metatarsal), tumit
  • Lokasi berisiko tinggi yang sukar sembuh: pinggul (femoral neck), navicular, metatarsal ke-5

Bagaimana ia berlaku

  • Tulang menerima beban lebih cepat daripada kemampuannya untuk membaiki diri
  • Retakan-retakan halus bercantum lalu membentuk patah

Faktor risiko

  • Latihan bertambah secara mendadak
  • Pelari, tentera, penari, pemain bola jaring
  • Atlet wanita yang haidnya tidak teratur atau tiada haid
  • Tidak makan cukup untuk menampung beban latihan
  • Vitamin D dan kalsium rendah
  • Tulang rapuh (osteoporosis)
  • Pernah mengalami stress fracture

Simptom

  • Sakit yang datang secara beransur-ansur, lebih teruk dengan aktiviti
  • Kemudian, sakit ketika berehat atau pada waktu malam
  • Sakit pada satu titik tepat apabila tulang ditekan
  • Sakit apabila melompat dengan sebelah kaki

Ujian dan pemeriksaan

  • X-ray: selalunya normal dalam 2 hingga 3 minggu pertama
  • MRI: ujian terbaik
  • Ujian darah: vitamin D, kalsium, hormon

Rawatan

  • Hentikan aktiviti berimpak
  • But berjalan (walking boot) atau tongkat (mengurangkan beban)
  • Lakukan senaman lain (cross-train) untuk kekal cergas
  • Betulkan kesilapan latihan
  • Pemakanan yang baik

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.