Shoulder Impingement Syndrome (Tendon Bahu Tersepit)

Rajah ujian arka menyakitkan bagi sindrom himpitan bahu

Definisi

  • Tendon rotator cuff dan bursa tersepit apabila lengan diangkat.
  • Juga dikenali sebagai 'subacromial impingement'.

Anatomi berkaitan

  • Ruang subacromial: ruang kecil antara bahagian atas tulang lengan dan bumbung bahu (acromion).
  • Di dalamnya terdapat tendon supraspinatus dan bursa, iaitu kantung kecil berisi cecair.

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Pergerakan berulang tangan ke atas kepala menghimpit tendon
  • Rotator cuff yang lemah menyebabkan tulang lengan (humerus) terangkat ke atas
  • Kawalan tulang belikat yang lemah
  • Bone spur di bawah acromion

Faktor risiko

  • Umur lebih 40 tahun
  • Sukan yang melibatkan tangan di atas kepala (contoh: badminton, renang, bola tampar)
  • Kerja yang melibatkan tangan di atas kepala (contoh: pekerja binaan)
  • Otot bahu yang lemah

Simptom

  • Sakit di bahagian depan atau tepi bahu
  • 'Painful arc': sakit apabila lengan diangkat separuh jalan, dan berkurang apabila diangkat lebih tinggi
  • Sakit apabila mencapai sesuatu di atas kepala atau di belakang badan
  • Sakit pada waktu malam apabila tidur mengiring ke sebelah itu

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Ultrasound: bursa dan tendon kelihatan tebal, boleh jadi tendon koyak
  • X-ray: bone spur
  • MRI jika disyaki ada koyakan

Rawatan

  • Kurangkan aktiviti berulang yang melibatkan tangan di atas kepala
  • Ubat tahan sakit (jangka pendek, jika perlu)
  • Fisioterapi: menguatkan rotator cuff, kawalan tulang belikat, membetulkan postur
  • Suntikan steroid ke dalam bursa berpandukan ultrasound
  • Pembedahan jika rehabilitasi gagal selepas lebih 6 bulan, contohnya Arthroscopic Subacromial Decompression (ASAD)

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.