Shin Splint (Sakit Tulang Keting)

Definisi

  • Sakit berkaitan senaman di sepanjang tepi dalam tulang keting
  • Istilah perubatan: Medial Tibial Stress Syndrome (MTSS)

Anatomi berkaitan

  • Tibia ialah tulang keting yang utama
  • Otot betis melekat di sepanjang tepi dalamnya
  • Tulang ini dibalut oleh lapisan nipis (periosteum)

Bagaimana ia berlaku

  • Hentakan berulang
  • Otot menarik lapisan tulang
  • Tulang menjadi tertekan dan bengkak

Faktor risiko

  • Pelari, tentera, penari
  • Latihan bertambah secara mendadak
  • Berlari di permukaan yang keras
  • Flat foot
  • Kasut yang sudah haus
  • Vitamin D rendah atau tidak makan cukup untuk menampung latihan

Simptom

  • Sakit berdenyut di sepanjang tulang keting bahagian dalam dan bawah
  • Sakit pada permulaan senaman, mungkin berkurang, kemudian kembali selepas senaman
  • Sakit apabila ditekan di sepanjang tulang tibia (lebih daripada 5 cm)
  • Amaran: sakit pada satu titik sahaja, atau sakit ketika berehat, menunjukkan kemungkinan stress fracture

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • X-ray biasanya normal
  • MRI jika disyaki stress fracture

Rawatan

  • Kurangkan larian buat sementara
  • Lakukan senaman lain buat sementara (cross-train): renang, berbasikal
  • Latihan menguatkan otot betis dan pinggul
  • Kasut yang sesuai, insole untuk flat foot
  • Perbaiki teknik larian
  • Kembali secara berperingkat, tambah jarak kira-kira 10% setiap minggu
  • Semak pemakanan dan vitamin D

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.