Sakit Sendi Sacroiliac (Sacroiliac Joint Pain)

Definisi

  • Sakit yang berpunca daripada sendi sacroiliac (SI), iaitu tempat tulang belakang bertemu dengan pelvis

Anatomi berkaitan

  • Dua sendi SI, satu di setiap sisi, di antara tulang sacrum dan tulang pelvis
  • Pergerakannya sangat sedikit, dan dipegang oleh ligamen yang kuat
  • Ia memindahkan berat badan dari tulang belakang ke kaki

Bagaimana ia berlaku

  • Jatuh terduduk di atas punggung
  • Sendi menjadi longgar (pergerakan berlebihan)
  • Lama-kelamaan sendi menjadi radang

Faktor risiko

  • Mengandung dan selepas bersalin
  • Panjang kaki yang tidak sama
  • Pernah menjalani pembedahan fusion pinggang
  • Artritis jenis radang seperti ankylosing spondylitis

Simptom

  • Sakit pinggang sebelah, di bawah paras pinggang
  • Mungkin menjalar ke punggung atau belakang peha
  • Lebih teruk apabila duduk lama atau berpusing di atas katil
  • Sakit apabila masuk dan keluar dari kereta

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • X-ray
  • MRI untuk melihat radang sendi
  • Ujian darah jika disyaki artritis jenis radang
  • Suntikan diagnostik berpandukan ultrasound: ujian paling tepat

Rawatan

  • Fisioterapi: menguatkan core muscles dan punggung
  • Tali pinggang sacroiliac (SI belt)
  • Ubat tahan sakit (jika perlu)
  • Suntikan sendi berpandukan ultrasound
  • Rawat artritis jenis radang jika ada
  • Pembedahan jarang diperlukan

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.