Runner's Knee (Sakit Belakang Tempurung Lutut)

Definisi

  • Sakit di bahagian depan lutut (sekeliling atau belakang tempurung lutut), biasa berlaku pada pelari
  • Istilah perubatan: Patellofemoral Pain Syndrome

Anatomi berkaitan

  • Tempurung lutut bergelongsor dalam alur di bahagian depan tulang peha
  • Otot peha mengawal pergerakan tempurung lutut
  • Otot pinggul mengawal kedudukan lutut

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Beban berlebihan pada sendi tempurung lutut
  • Tempurung lutut tidak bergelongsor dengan lancar dalam alurnya
  • Lutut terlipat ke dalam semasa berlari atau mendarat

Faktor risiko

  • Jarak larian bertambah secara mendadak
  • Otot peha dan pinggul yang lemah
  • Otot peha yang tegang
  • Flat feet
  • Wanita lebih kerap berbanding lelaki
  • Berlari menuruni bukit

Simptom

  • Sakit berdenyut di bahagian depan lutut (sekeliling atau di belakang tempurung lutut)
  • Lebih teruk apabila turun tangga, mencangkung, berlari atau melutut
  • Sakit selepas lama duduk dengan lutut berlipat
  • Rasa bergeser

Ujian dan pemeriksaan

  • Terutamanya pemeriksaan klinikal
  • X-ray atau MRI hanya jika sakit berterusan atau diagnosis tidak jelas

Rawatan

  • Kurangkan beban larian buat sementara, tetapi kekal aktif
  • Menguatkan otot pinggul dan peha
  • Perbaiki teknik larian
  • Taping atau knee brace untuk jangka pendek
  • Kasut yang sesuai, insole untuk flat foot
  • Kembali secara berperingkat dalam masa 6 hingga 12 minggu
  • Pembedahan jarang diperlukan

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.