Kecederaan Rotator Cuff

Pemain badminton dengan sakit bahu

Definisi

  • Kerosakan pada mana-mana daripada 4 otot dan tendon yang menggerakkan bahu.
  • Daripada tendinopathy hingga koyakan separa atau penuh.

Anatomi berkaitan

  • 4 otot rotator cuff: supraspinatus, infraspinatus, teres minor, subscapularis.
  • Otot ini mengangkat dan memusingkan lengan serta menstabilkan sendi bahu.
  • Tendon supraspinatus paling kerap tercedera.
Rajah berlabel koyakan rotator cuff

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Luka secara beransur-ansur akibat usia
  • Pergerakan berulang mengangkat tangan ke atas kepala
  • Mengangkat atau menarik beban berat secara tiba-tiba

Faktor risiko

  • Umur lebih 40 tahun
  • Sukan yang melibatkan tangan di atas kepala (contoh: badminton, renang, bola tampar)
  • Kerja yang melibatkan tangan di atas kepala (contoh: pekerja binaan)
  • Merokok, kencing manis

Simptom

  • Sakit di bahagian luar bahu, mungkin menjalar ke lengan
  • Sakit apabila mengangkat lengan atau mencapai ke belakang
  • Sakit pada waktu malam, tidak boleh tidur mengiring ke sebelah yang sakit
  • Lemah apabila mengangkat lengan

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Ultrasound: cepat dan boleh menunjukkan koyakan tendon
  • MRI: gambaran terperinci, biasanya diperlukan jika pembedahan dirancang
  • X-ray: bone spur atau tanda-tanda artritis di sekitar sendi bahu

Rawatan

  • Kurangkan aktiviti berulang yang melibatkan tangan di atas kepala
  • Ubat tahan sakit (jangka pendek, jika perlu)
  • Fisioterapi: latihan pergerakan dan menguatkan bahu
  • Rawatan sakit seperti terapi laser
  • Rawatan regeneratif seperti prolotherapy, suntikan PRP (untuk koyakan separa)
  • Pembedahan untuk koyakan penuh pada pesakit yang aktif, atau apabila rehabilitasi gagal
  • Tempoh pulih: beberapa minggu untuk kecederaan ringan, 6 hingga 12 bulan selepas pembedahan

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.