Slipped Disc (Prolapsed Intervertebral Disc)

Definisi

  • Disc di antara tulang belakang yang lembut terkeluar dan menekan saraf
  • Biasanya dipanggil "slipped disc" atau "urat tersepit".

Anatomi berkaitan

  • Disc terletak di antara tulang-tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan
  • Setiap disc mempunyai lapisan luar yang kuat dan bahagian tengah yang lembut seperti jeli
  • Paling kerap berlaku di pinggang (L4/L5, L5/S1) dan leher

Bagaimana ia berlaku

  • Lapisan luar menjadi lemah dan retak
  • Bahagian tengah yang seperti jeli tertolak keluar
  • Ia menekan saraf dan menyebabkan saraf meradang
  • Selalunya dicetuskan oleh membongkok dan memulas badan sambil mengangkat barang

Faktor risiko

  • Umur 30 hingga 50 tahun
  • Mengangkat barang berat dengan teknik yang salah
  • Duduk dan memandu terlalu lama
  • Berat badan berlebihan
  • Merokok

Simptom

  • Sakit kaki menjalar ke bawah lutut (sciatica), selalunya lebih teruk daripada sakit pinggang
  • Kebas, kesemutan atau lemah pada kaki atau tangan
  • Lebih teruk apabila duduk, membongkok, batuk atau bersin
  • Kecemasan: tidak dapat mengawal kencing atau berak, kebas di sekitar kemaluan, atau kedua-dua belah kaki lemah. Segera ke Jabatan Kecemasan.

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • MRI

Rawatan

  • Kekal aktif, elakkan berbaring di katil terlalu lama
  • Ubat tahan sakit dan ubat sakit saraf (rujuk doktor anda)
  • Fisioterapi: menguatkan core muscles, otot belakang
  • Pembedahan untuk kelemahan teruk, tanda-tanda kecemasan, atau rawatan lain gagal

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.