Plantar Fasciitis (Sakit Tumit)

Ilustrasi sakit tumit dan lengkung kaki akibat fasciitis plantar

Definisi

  • Sakit tumit akibat beban berlebihan pada plantar fascia
  • Punca utama sakit tumit

Anatomi berkaitan

  • Plantar fascia ialah jalur tebal di bawah tapak kaki, dari tumit hingga ke jari kaki.
  • Ia menyokong lengkung kaki (foot arch) dan menyerap hentakan.

Bagaimana ia berlaku

  • Regangan dan beban berlebihan yang berulang
  • Biomekanik larian dan kasut yang tidak sesuai

Faktor risiko

  • Umur 40 hingga 60 tahun
  • Berat badan berlebihan
  • Berdiri berjam-jam
  • Otot betis yang tegang
  • Flat foot / High arched foot
  • Beban larian bertambah secara mendadak
  • Kasut yang tidak sesuai

Simptom

  • Sakit di bawah tumit bahagian dalam
  • Paling teruk pada langkah pertama waktu pagi atau selepas lama duduk

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Ultrasound: plantar fascia yang menebal (biasanya > 4mm)
  • X-ray mungkin menunjukkan heel spur, tetapi spur ini tidak semestinya punca sakit

Rawatan

  • Regangan betis dan plantar fascia
  • Latihan menguatkan otot kaki
  • Golek botol air beku di bawah tapak kaki
  • Heel cup atau insole
  • Kasut yang sesuai (untuk kerja, luar rumah, sukan dan di dalam rumah)
  • Turunkan berat badan
  • Shockwave therapy pada tumit
  • TECAR therapy pada betis untuk melegakan otot
  • Suntikan steroid

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.