Piriformis Syndrome (Saraf Sciatic Terhimpit oleh Otot Punggung)

Definisi

  • Sakit punggung yang berpunca daripada otot piriformis yang menekan saraf sciatic (sciatic nerve)

Anatomi berkaitan

  • Piriformis ialah otot punggung yang kecil dan dalam, yang memusingkan pinggul ke arah luar
  • Saraf sciatic melalui di bawahnya, dan kadang-kadang menembusinya

Bagaimana ia berlaku

  • Otot menjadi tegang, kejang atau bengkak
  • Otot menekan saraf sciatic
  • Jatuh terduduk terus di atas punggung
  • Duduk terlalu lama, terutamanya atas permukaan keras

Faktor risiko

  • Duduk lama: pemandu, pekerja pejabat
  • Duduk di atas dompet dalam poket belakang
  • Penunggang basikal
  • Otot punggung yang lemah
  • Panjang kaki yang tidak sama

Simptom

  • Sakit dalam di punggung
  • Sakit atau kesemutan menjalar ke belakang peha
  • Lebih teruk apabila duduk lama

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • MRI tulang belakang untuk menolak kemungkinan slipped disc
  • Ultrasound atau MRI punggung

Rawatan

  • Elakkan duduk lama; ambil rehat secara berkala
  • Regangan otot piriformis
  • Latihan menguatkan otot punggung dan core muscles
  • Urut sendiri menggunakan bola urut
  • Ubat tahan sakit (jangka pendek jika perlu)
  • Suntikan atau hydrodissection berpandukan ultrasound

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.