Morton's Neuroma (Saraf Menebal di Celah Jari Kaki)

Definisi

  • Penebalan saraf di antara jari kaki, biasanya di antara jari kaki ke-3 dan ke-4

Anatomi berkaitan

  • Saraf-saraf kecil melalui celah kepala tulang metatarsal menuju ke jari kaki

Bagaimana ia berlaku

  • Saraf terhimpit di antara tulang secara berulang
  • Saraf menebal dan berparut

Faktor risiko

  • Wanita berumur 40 hingga 60 tahun
  • Kasut ketat, sempit dan tumit tinggi
  • Larian dan sukan gelanggang
  • Kaki leper / Flat foot

Simptom

  • Sakit seperti terbakar di bahagian depan tapak kaki, menjalar ke jari kaki
  • Kebas atau kesemutan pada jari kaki ke-3 dan ke-4
  • Rasa seperti ada batu atau stokin terlipat di dalam kasut
  • Lega apabila kasut dibuka dan kaki digosok

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Ultrasound: cepat dan tepat
  • MRI: Jarang diperlukan

Rawatan

  • Kasut yang luas dengan tumit rendah
  • Metatarsal pad
  • Suntikan steroid berpandukan ultrasound
  • Radiofrequency untuk kes yang berpanjangan
  • Pembedahan untuk membuang saraf, yang akan meninggalkan kebas kekal di antara jari kaki

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.