Metatarsalgia (Sakit Tapak Kaki Bahagian Depan)

Definisi

  • Sakit di bahagian depan tapak kaki (ball of the foot), di bawah kepala tulang metatarsal

Anatomi berkaitan

  • Lima tulang metatarsal; kepala tulang-tulang ini membentuk bahagian depan tapak kaki
  • Lapisan lemak (fat pad) menjadi kusyen di kawasan ini
  • Metatarsal ke-2 paling kerap terjejas

Bagaimana ia berlaku

  • Tekanan berlebihan pada bahagian depan kaki
  • Hentakan berulang

Faktor risiko

  • Kasut tumit tinggi, kasut ketat atau sempit
  • Lengkung kaki yang tinggi
  • Berat badan berlebihan
  • Lapisan lemak tapak kaki menipis dengan usia
  • Rheumatoid arthritis

Simptom

  • Sakit seperti terbakar atau berdenyut di bahagian depan tapak kaki
  • Rasa seperti memijak batu kecil
  • Lebih teruk apabila berdiri, berjalan tanpa kasut atau berlari
  • Kulit keras (kalus) di bawah tapak kaki

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • X-ray kaki
  • Ultrasound: untuk mengesan Morton's neuroma

Rawatan

  • Kasut yang sesuai: ruang jari yang luas, tumit rendah, kusyen yang baik
  • Metatarsal pad
  • Insole yang dibuat khas (custom insole)
  • Turunkan berat badan
  • Regangan betis
  • Golek botol air beku di bawah tapak kaki

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.