Kecederaan Labrum (Labral Injury)

Definisi

  • Koyakan pada labrum, iaitu gelang rawan di sekeliling soket bahu.
  • SLAP tear: bahagian atas, tempat tendon biceps melekat.
  • Bankart tear: bahagian depan bawah, biasanya selepas bahu terkehel (shoulder dislocation).
Dua rajah berlabel soket bahu yang membandingkan labrum normal, iaitu gelang rawan yang mendalamkan glenoid dan mengikat tendon kepala panjang bisep, dengan labrum yang cedera yang menunjukkan koyakan SLAP di bahagian atas soket

Anatomi berkaitan

  • Soket bahu adalah cetek, seperti tee golf.
  • Labrum mendalamkan soket dan menambah kestabilan.

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Bahu terkehel
  • Pergerakan membaling di atas kepala secara berulang

Faktor risiko

  • Sukan membaling: kriket, bola baling, bola tampar
  • Sukan lasak bersentuhan: ragbi, seni mempertahankan diri, penjaga gol
  • Pernah mengalami bahu terkehel

Simptom

  • Sakit di dalam bahu
  • Berbunyi klik, tersangkut atau terkunci
  • Rasa seperti bahu "nak tercabut" atau tergelincir keluar
  • Sakit semasa aktiviti tangan di atas kepala
  • Kuasa balingan berkurang

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • MRI dengan pewarna (MR arthrogram): ujian terbaik
  • X-ray dan ultrasound tidak dapat melihat labrum

Rawatan

  • Ubat tahan sakit (jangka pendek, jika perlu)
  • Fisioterapi: menguatkan rotator cuff dan tulang belikat, latihan kestabilan sendi
  • Pembedahan (arthroscopic surgery) untuk bahu yang kerap terkehel atau apabila rehabilitasi gagal
  • Kembali bersukan 4 hingga 6 bulan selepas pembedahan

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.