Hip Tendinopathy (Kecederaan Tendon Pinggang)

Definisi

  • Kecederaan akibat beban berlebihan pada tendon otot punggung di bahagian luar pinggul
  • Istilah perubatan: Gluteal Tendinopathy
  • Antara punca utama sakit pinggul bahagian luar

Anatomi berkaitan

  • Otot gluteus medius dan gluteus minimus melekat pada benjolan tulang di bahagian luar pinggul (greater trochanter)
  • Otot ini memastikan pelvis kekal sama rata semasa berjalan dan berdiri atas sebelah kaki

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Tendon terhimpit pada tulang apabila kaki disilang melepasi badan
  • Beban berlebihan pada tendon akibat aktiviti atau otot yang lemah

Faktor risiko

  • Wanita berumur lebih 40 tahun, terutamanya selepas menopaus
  • Berat badan berlebihan
  • Otot pinggul yang lemah
  • Beban larian bertambah secara mendadak

Simptom

  • Sakit di pinggul bahagian luar, mungkin menjalar ke bawah sepanjang peha bahagian luar
  • Sakit pada waktu malam apabila tidur mengiring
  • Lebih teruk apabila naik tangga, berdiri atas sebelah kaki, atau berjalan jauh
  • Sakit apabila tonjolan tulang itu ditekan

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Ultrasound
  • X-ray untuk menolak kemungkinan artritis pinggul

Rawatan

  • Letakkan bantal di antara lutut ketika tidur
  • Latihan kekuatan pinggul dan punggung secara berperingkat
  • Turunkan berat badan
  • Terapi elektrik seperti shockwave, laser atau TECAR therapy
  • Suntikan steroid berpandukan ultrasound ke dalam bursa trochanter

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.