Koyak Hamstring (Hamstring Tear)

Definisi

  • Koyakan pada satu atau lebih otot hamstring di belakang peha
  • Kecederaan otot paling biasa dalam sukan

Anatomi berkaitan

  • 3 otot yang bermula dari tulang duduk hingga ke bawah lutut
  • Biceps femoris, semitendinosus, semimembranosus
  • Otot ini membengkokkan lutut dan meluruskan pinggul
  • Otot ini juga memperlahankan kaki semasa lari pecut
  • Biceps femoris paling kerap tercedera

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Lari pecut: otot koyak ketika ia memanjang (lengthen) dan menguncup (contract) pada masa yang sama
  • Regangan berlebihan: tendangan tinggi, split, tergelincir

Faktor risiko

  • Pernah mengalami kecederaan hamstring, faktor risiko yang paling besar
  • Sukan lari pecut: bola sepak, ragbi, olahraga, hoki
  • Otot hamstring yang lemah
  • Keletihan dan kurang memanaskan badan

Simptom

  • Sakit tajam secara tiba-tiba di belakang peha, kadang-kadang ada bunyi "pop"
  • Tidak boleh meneruskan permainan
  • Lebam selepas 1 hingga 2 hari
  • Sakit apabila membongkok ke depan

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Ultrasound
  • MRI: menentukan tahap koyakan dan memeriksa sama ada tendon tertanggal dari tulang

Rawatan

  • Peringkat awal: Protect (lindungi), Rest (rehat), Ice (tuam ais), Compression (balut), Elevation (tinggikan), atau P.R.I.C.E
  • Latihan kekuatan secara berperingkat: Bridge, Nordic hamstring curl
  • Kembali bersukan apabila kekuatan sudah penuh dan boleh lari pecut tanpa sakit
  • Tempoh pulih: 2 hingga 12 minggu bergantung pada keterukan
  • Tendon yang tertanggal dari tulang mungkin perlu pembedahan awal
  • Pencegahan: latihan Nordic hamstring secara berkala

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.