Gout

Bagaimana ia berlaku
- Paras asid urik dalam darah menjadi terlalu tinggi
- Asid urik yang berlebihan membentuk kristal tajam seperti jarum di dalam sendi
- Sistem imuniti badan menyerang kristal ini, lalu menyebabkan radang yang teruk secara tiba-tiba
- Serangan yang berulang merosakkan sendi dan membentuk ketulan keras yang dipanggil 'tophi'
Faktor risiko
- Lelaki berumur lebih 40 tahun, dan wanita selepas menopaus
- 'High purine diet', seperti daging merah, organ dalaman (perut, hati, limpa), dan makanan laut seperti ikan bilis, udang dan kerang
- Minuman manis dan alkohol, terutamanya beer
- Obesiti, darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang
- Sesetengah ubat, seperti ubat buang air (diuretik)
- Kurang minum air (dehidrasi)
Simptom dan tanda
- Sakit yang teruk secara tiba-tiba, selalunya bermula pada waktu malam
- Ibu jari kaki paling kerap terkena, juga buku lali, lutut dan pergelangan tangan
- Sendi menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit apabila disentuh, sehinggakan selimut yang tersentuh pun terasa sakit
- Serangan biasanya reda dalam masa 7 hingga 10 hari
- Tophi pada gout yang sudah lama, di telinga, siku atau jari

Pelan rawatan
Semasa serangan
- Rehat, tuam ais dan tinggikan anggota yang sakit
- Ubat anti-radang, colchicine atau steroid (mengikut preskripsi doktor)
- Jika anda sudah mengambil allopurinol, teruskan. Jangan berhenti.
Jangka panjang
- Ubat penurun asid urik (allopurinol atau febuxostat) untuk serangan berulang atau tophi
- Sasaran paras asid urik di bawah 360 µmol/L
- Elakkan 'high purine diet' dan minuman manis
- Minum air secukupnya
- Turunkan berat badan
- Kawal tekanan darah dan kencing manis
Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.