Frozen Shoulder (Bahu Beku)

Lelaki lebih berumur dengan sakit bahu

Definisi

  • Selaput sendi bahu menjadi tebal, tegang dan kaku, menyebabkan bahu sakit dan sukar digerakkan
  • Istilah perubatan: 'Adhesive Capsulitis'

Anatomi berkaitan

  • Sendi bahu dibalut oleh kapsul / selaput
  • Selaput ini biasanya longgar supaya bahu boleh bergerak dengan luas
Rajah bahu beku (adhesive capsulitis)

Bagaimana ia berlaku

  • Selaput meradang, kemudian berparut dan mengecut
  • Selalunya tiada punca yang jelas
  • Boleh juga berlaku selepas kecederaan
  • Tiga peringkat:
    • Peringkat membeku (freezing): sakit semakin bertambah
    • Peringkat beku (frozen): kekakuan lebih ketara, sakit berkurang
    • Peringkat mencair (thawing): pergerakan perlahan-lahan kembali

Faktor risiko

  • Umur 40 hingga 60 tahun
  • Wanita
  • Kencing manis, faktor risiko yang paling kuat
  • Penyakit thyroid
  • Lengan diletak dalam anduh (sling atau brace) untuk tempoh yang lama (contoh: selepas pembedahan)

Simptom

  • Sakit bahu yang datang secara beransur-ansur, lebih teruk pada waktu malam
  • Kaku dalam semua arah pergerakan
  • Sukar menyikat rambut, mencapai poket belakang atau mengancing pakaian di belakang
  • Hilang keupayaan memusingkan lengan ke arah luar (limited external rotation) adalah tanda paling utama

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • X-ray untuk menolak kemungkinan artritis bahu
  • Ultrasound
  • Ujian gula dalam darah dan tiroid

Rawatan

  • Ubat tahan sakit (jangka pendek, jika perlu)
  • Suntikan steroid ke dalam sendi semasa peringkat awal yang sakit
  • Hydrodilatation berpandukan ultrasound: suntikan cecair untuk meregangkan selaput bahu
  • Fisioterapi: rawatan sakit, latihan pergerakan bahu
  • Kes teruk: manipulasi di bawah bius (manipulation under anaesthesia) atau pembedahan lubang kunci untuk melepaskan kapsul yang tegang

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.