Cubital Tunnel Syndrome (Saraf Ulnar Tersepit di Siku)

Definisi

  • Saraf ulnar tersepit di siku

Anatomi berkaitan

  • Saraf ulnar melalui satu alur di belakang siku bahagian dalam (tempat yang terasa "kejut elektrik" apabila terhantuk)
  • Ia memberi deria rasa kepada jari kelingking dan separuh jari manis
  • Ia mengawal otot-otot kecil tangan

Bagaimana ia berlaku

  • Tekanan: bersandar pada siku
  • Regangan: siku dibengkokkan untuk tempoh yang lama
  • Saraf tergelincir keluar masuk dari alurnya

Faktor risiko

  • Tidur dengan siku berlipat
  • Memegang telefon di telinga untuk panggilan yang lama
  • Bersandar pada siku di meja
  • Sukan membaling
  • Pernah patah tulang siku

Simptom

  • Kebas dan rasa sesemut pada jari kelingking dan jari manis
  • Lebih teruk pada waktu malam atau apabila siku dibengkokkan
  • Genggaman lemah, tangan kekok
  • Peringkat lewat: otot mengecut dan jari bengkok seperti mencakar ('Claw hand')

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Nerve conduction study (ujian konduksi saraf): mengesahkan dan menentukan tahap keterukan

Rawatan

  • Pendakap siku (splint) pada waktu malam
  • Latihan gelongsor saraf (nerve gliding)
  • Hydrodissection berpandukan ultrasound
  • Pembedahan jika ada kelemahan atau otot mengecut

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.