Kecederaan Rawan (Cartilage Injury)
Definisi
- Kerosakan pada lapisan rawan licin yang menutupi hujung tulang di dalam lutut
Anatomi berkaitan
- Rawan sendi membolehkan tulang bergelongsor dengan lancar
- Ia tiada bekalan darah, jadi sukar untuk sembuh
- Kerosakan yang tidak dirawat boleh membawa kepada osteoartritis awal
Bagaimana kecederaan berlaku
- Kecederaan lutut terpulas, selalunya bersama koyak ACL atau meniscus
- Hentakan terus pada lutut
- Tempurung lutut (patella) terkehel atau terkeluar
Faktor risiko
- Pernah mengalami kecederaan ACL atau meniscus
- Tempurung lutut yang tidak stabil
- Alignment kaki yang tidak normal
- Sukan berimpak tinggi
- Berat badan berlebihan
Simptom
- Sakit lutut yang dalam dan berdenyut, lebih teruk dengan aktiviti
- Bengkak selepas aktiviti
- Tersangkut atau terkunci jika ada serpihan yang longgar
Ujian dan pemeriksaan
- X-ray
- MRI: ujian terbaik
- Diagnostic arthroscopy (teropong) mengesahkan tahap kerosakan
Rawatan
- Kurangkan aktiviti berimpak tinggi
- Kawal berat badan
- Fisioterapi: menguatkan otot peha dan pinggul, rawatan sakit
- Ubat tahan sakit (jangka pendek jika perlu)
- Suntikan: hyaluronic acid atau PRP
- Suplemen
- Pembedahan untuk kes yang sesuai: microfracture, pemindahan rawan (cartilage transplant), atau mengikat semula serpihan yang longgar
- Pesakit yang lebih muda mendapat hasil yang lebih baik daripada pembedahan
- Tempoh pulih selepas pembedahan: 6 hingga 12 bulan
Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.