Carpal Tunnel Syndrome (Saraf Tersepit di Pergelangan Tangan)

Definisi

  • Saraf median tersepit di pergelangan tangan
  • Saraf tersepit yang paling kerap berlaku

Anatomi berkaitan

  • Carpal tunnel: laluan sempit di pergelangan tangan
  • Di dalamnya terdapat saraf median dan 9 tendon jari
  • Saraf median memberi deria rasa kepada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan separuh jari manis

Bagaimana ia berlaku

  • Tekanan di dalam terowong meningkat
  • Saraf terhimpit

Faktor risiko

  • Wanita, umur 40 hingga 60 tahun
  • Mengandung
  • Kencing manis, penyakit thyroid, rheumatoid arthritis
  • Obesiti
  • Kerja pergelangan tangan yang berulang, alatan yang bergetar

Simptom

  • Kebas dan kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu
  • Lebih teruk pada waktu malam, sehingga terjaga untuk mengibas tangan
  • Barang selalu terjatuh, tangan kekok
  • Peringkat lewat: otot ibu jari mengecut

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • Nerve conduction study (ujian konduksi saraf): mengesahkan dan menentukan tahap keterukan
  • Ultrasound: saraf bengkak

Rawatan

  • Pendakap pergelangan tangan (wrist splint) pada waktu malam
  • Suntikan steroid atau hydrodissection berpandukan ultrasound
  • Rawat punca, seperti kencing manis atau penyakit tiroid
  • Semasa mengandung, ia biasanya pulih selepas bersalin
  • Pembedahan (carpal tunnel release) untuk kes yang teruk, otot mengecut, atau rawatan lain gagal

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.