Buku Lali Terseliuh (Ankle Sprain)

Definisi

  • Kecederaan pada ligamen buku lali, biasanya di bahagian luar, akibat kaki terpelecok

Anatomi berkaitan

  • Tiga ligamen buku lali bahagian luar: ATFL, CFL dan PTFL
  • ATFL paling kerap tercedera
  • Gred 1 (teregang), Gred 2 (koyak separa), Gred 3 (koyak penuh)

Bagaimana kecederaan berlaku

  • Kaki terpelecok ke dalam dengan jari kaki menghala ke bawah
  • Mendarat di atas kaki pemain lain atau di permukaan yang tidak rata

Faktor risiko

  • Pernah terseliuh buku lali, faktor risiko yang paling besar
  • Sukan gelanggang: bola keranjang, bola tampar, futsal, badminton, bola jaring
  • Keseimbangan yang lemah
  • Otot buku lali yang lemah
  • Permukaan yang tidak rata
  • Kasut tumit tinggi

Simptom

  • Sakit di buku lali bahagian luar
  • Bengkak dan lebam

Ujian dan pemeriksaan

  • Pemeriksaan klinikal
  • X-ray
  • Ultrasound: terbaik untuk menilai ligamen
  • MRI: untuk melihat kemungkinan kecederaan tulang rawan

Rawatan

  • Beberapa hari pertama: Protect (lindungi), Rest (rehat), Ice (tuam ais), Compression (balut), Elevation (tinggikan), atau P.R.I.C.E
  • Mula berjalan awal mengikut tahap sakit, dengan memakai pendakap buku lali (ankle brace)
  • Pulihkan pergerakan buku lali dengan awal
  • Latihan keseimbangan dan kekuatan, yang dapat mencegah terseliuh berulang
  • Taping semasa peringkat awal kembali bersukan
  • Kembali bersukan: 2 minggu untuk kes ringan, 3 hingga 4 bulan untuk kes teruk

Artikel ini adalah maklumat umum, bukan nasihat perubatan peribadi. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.